Monday, 28 January 2013

Nukilan dari Hatyku..Anugerah dari Allah

Salam Sayang Everyone,

Melihat rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah berjaya melangkah ke Alam Rumahtangga..
Cemburu sangat rasa hati ini..
Mungkinkah suatu hari nanti aku akan melangkah ke Alam Perkahwinan?
Entahlah.. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..
Buat masa ini aku berhenti berharap..
Tapi Kalau satu masa nanti jodoh itu ada, aku pasti tidak akan menolaknya.

Apa yang ingin aku kongsikan hari ini ialah tentang "cinta".
Yes, cinta adalah anugerah tuhan yang terindah..
Bahagia bila kita memiliki..
Dan Merana bila ia melangkah pergi..

Tapi!! Jangan lupa, cinta bukan hanya untuk "si dia" sahaja..
Cinta yang teragung adalah cinta pada yang Maha Esa..
Cinta yang mulia untuk kedua ibu dan bapa..
Cinta yang indah hanya untuk pasangan kita yang sah..
Cinta yang ikhlas untuk keluarga dan teman sejati.
Dan.... Cinta yang paling penting! Cintailah diri sendiri..

Sekiranya kita rasa cinta kita dipersia-siakan..
Tak usahlah kita bersedih dan terus bersedih..
Terimalah takdir yang dia bukan untuk kita..
Satu hari, pasti akan hadir cinta dalam hidup kita..
Bila cinta itu hadir pasti kita akan rasa lebih bahagia, rasa diri dihargai dan disayangi..

Untuk yang terlanjur cinta dan putus dipertengahan jalan.. Jangan dikesalkan..
Seperti mana kita belajar mengenal cinta.
Kita juga harus belajar melupakan cinta.
Kemudian belajar untuk bercinta semula..
Proses ini dipanggil.. Learn, Un-learn and Re-learn..

Pembacaku yang setia,
Disaat kamu masih memiliki cinta,
Selagi cinta itu masih bertakhta,
Jagalah hati dan perasaan si dia.
Bila mana cinta dia melangkah pergi.
Dan ketika itu baru kamu mula menyedari..
Dan ketika itu tak guna untuk kamu kesali lagi..
Kerana ketika itu hanya kamu yang lebih mencintai dia..
Sedangkan dia.. Tak mungkin lagi kembali..

 Akunak ambil kesempatan ini untuk mengungkapkan rasa cinta buat semua yang membaca, untuk keluarga tercinta, untuk teman setia.

I Love You So Much..

Tak perlulah kamu menunggu saat yang sesuai untuk melahirkan rasa cinta dan sayang..
Bila hati perlu meluahkan, luahkan sekarang..
Jangan tunggu-tunggu lagi..
Kerana mungkin dia akan berlalu pergi..
Dan kamu.. Tak sempat meluahkan isi hati.
Lakukanlah sesuatu yang istimewa buatnya hari ni.



Ikhlas,
Zue
SHARING IS CARING ^-^

No comments:

Post a Comment